My Followers...=)

Monday, July 19, 2010

Aikss!! Cerpenku yg suspen~

Tiba-tiba gelas yang kupegang terjatuh dari tanganku. Kacanya berserakan di lantai rumahku. Mataku terkebil lantaran seperti tidak percaya apa yang kulihat ketika itu. Satu lembaga seperti manusia di sebalik pintu berlari dengan agak pantas menuju ke ruang tamu. Lantas ku tertanya-tanya siapakah lembaga itu?

Pada waktu ini, hanya aku sahaja di rumah besar yang tersergam indah. Orang tuaku baru bertolak ke Kuala Lumpur untuk menziarahi kawan mereka yang sakit.

Praaakkkk…Tiba-tiba bunyi yang aku dengari begitu dekat sekali..Aku kebingungan dan ketakutan..

Bayangan lembaga melintasi aku di belakang pintu itu. Aku membawa sebatang penyapu menuju ke ruang tamu dengan hati yang berdebar-debar. Tiba-tiba bekalan elektrik di rumahku terputus. Badan aku mengigil ketakutan dalam gelap. Aku meraba mencari lampu suluh.

Hatiku semakin berdebar apabila angin bertiup dengan kencang sekali sehinggakan tingkap terbuka dengan luas. Apabila tiba di ruang tamu, aku tidak menjumpai sesiapa pun di sana. Aku melihat sekeliling ruang tamu yang besar itu, tiba-tiba aku terpandang rambut yang sangat panjang di dinding ruang tamu itu.

Pada masa itu juga, sebuah buku terjatuh dari atas almari buku. Lantas aku melihat ke belakang. Rupa-rupanya seekor kucing lalu di atas almari buku itu. Dan apabila kumenoleh semula, aku terkejut dan takut. Aku menggosokkan mataku beberapa kali. Di mana rambut itu?

Mungkin ini hanya ilusiku sahaja kerana fikiranku masih melayang-layang merindui orang tuaku. Au segera mencari lampu suluhku.

Setelah menjumpainya, aku berjalan menuju ke bilik tidurku dengan keadaan yang masih samar. Dengan bertemankan lampu suluh, aku membuka pintu bilikku. Tiba-tiba, satu lembaga merangkak ke arahku dengan rambutnya yang panjang, dengan bajunya yang penuh dengan darah dan mempunyai paras muka yang buruk. Lantas, bulu romaku meremang tinggi.

Aku menggosok mataku berkali-kali seperti tidak percaya apa yang lihat sekarang ini. Aku berlari ketakutan menuruni tangga rumahku. Lembaga itu tiba-tiba muncul di hadapanku dengan wajah yang menyeramkan. Aku menjerit sekuat-kuat hatiku. Tiada siapa pun yang dapat menolongku pada waktu itu.

Lembaga hitam itu menghampiri aku dan ingin menerkamku. Aku terkedu dan tidak dapat berbuat apa-apa. Aku hanya mampu berdoa semoga lembaga itu tidak mendekatiku walaupun aku semakin takut. Lembaga itu semakin menghampiriku. Semakin dekat dan semakin dekat. Peluh dingin keluar dari setiap liang romaku. Gigilan itu bagai tidak mampu untuk menghalang kemaraan lembaga itu.

Tiba-tiba….

“Mira…Mira, bangun, nak! Mira mengigau ni,” teriak ibuku sambil menggoyang-goyangkan badanku. Aku bangun dari tidurku. Rupa-rupanya itu hanya mimpi ngeriku sahaja.


kihkihkihkih~~~



No comments: